Jumaat, 14 Ogos 2015

ASAL KEJADIAN ADAM

ASAL KEJADIAN ADAM
Apakah asal kejadian anak Adam?
Jawab: Asal kejadian anak Adam ialah daripada empat anasir iaitu tanah, air, angin, dan api.
Soal: Tanah itu jadi daripada apa, air jadi daripada apa, angin jadi daripada apa, dan api jadi daripada apa?
Jawab: Tanah itu daripada air, air itu daripada angin, angin itu daripada api, dan api itu daripada rahsia Muhammad.
Soal: Tanah itu tanah yang mana, air itu air yang mana, angin itu angin yang mana dan api itu api yang mana?
Jawab: Tanah itu badan Muhammad, air itu cahaya nur Muhammad, angin itu nafas Muhammad, dan api itu nazir Muhammad.
Soal: Tanah itu jadi apa, air itu jadi apa, angin itu jadi apa, dan api itu jadi apa?
Jawab: Tanah itu jadi daging, air itu jadi tulang, angin itu jadi aurat, dan api jadi darah.
Soal: Mana kejadian diri batin?
Jawab:Kejadian diri batin itu ialah daripada empat anasir batin.

Soal: Mana empat anasir batin?
Jawab: Empat anasir batin itu ialah wujud, nur, ilmu, syuhud. Erti wujud itu dzat Allah, erti ilmu itu sifat Allah, erti nur itu asma' Allah, dan erti syuhud itu af'al Allah.
Soal: Dzat itu jadi apa kepada kita, sifat itu jadi apa kepada kita, asma' itu jadi apa kepada kita, dan aPal itu jadi apa kepada kita?
Jawab: Dzat itu rahsia kepada kita, sifat itu nyawa kepada kita, asma' itu hati kepada kita, dan af'al itu tubuh kepada kita.

Soal: Berapa kejadian daripada ibu, berapa kejadian daripada bapa, dan berapa kejadian daripada Allah?
Jawab: Empat kejadian dari ibu iaitu lemak, darah, rambut, dan daging (dusta). Empat kejadian dari bapa iaitu kulit, 'asab, urat, dan tulang (dusta). Enam daripada Allah iaitu pendengaran, penglihatan, penciuman, perasa, akal dan roh. Apabila Allah berikan pendengaran, akan kita pun dengarlah dengan pendengaran Allah. Apabila Allah berikan penglihatan, maka kita pun melihatlah dengan penglihatan Allah. Apabila Allah berikan kita penciuman, maka kitapun menciumlah dengan penciuman Allah.

Apabila Allah berikan kita perasa, maka kitapun rasalah dengan perasaan Allah. Apabila Allah berikan kita akal, maka kita pun berakalkah dengan akal Allah. Apabila kita diberikan roh, maka hdiuplah kita dengan Allah. Akan tetapi tiada diketahui kaifiyaat pemberian itu bagaimana Allah memberinya kepada kita, kerana pengertian beri itu boleh bercerai sifat dengan dzat, maka ini adalah mustahil. makhluk pada batinnya ialah Allah".

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.