Isnin, 8 Jun 2015

ALLAH S.W.T YANG MENZAHIRKAN ALAM


" ALAM SEKALIANNYA ADALAH KEGELAPAN DAN  YANG MENERANGKANNYA ADALAH KARENA PADANYA KELIHATAN YANG HAQ (TANDA-TANDA ALLAH S.W.T). BARANGSIAPA  MELIHAT ALAM TETAPI DIA TIDAK MELIHAT ALLAH S.W.T SAMA ADA DALAMNYA,  DI SAMPINGNYA,  SEBELUMNYA , ATAU SESUDAHNYA, MAKA DIA BENAR-BENAR MEMERLUKAN WUJUDNYA CAHAYA-CAHAYA ITU DAN TERTUTUP BAGINYA CAHAYA MAKRIFAT OLEH TEBALNYA AWAN BENDA-BENDA ALAM. "
Alam ini pada hakikatnya adalah gelap atau „adam, tidak wujud. Wujud Allah s.w.t yang menerbitkan kewujudan alam. Tidak ada satu kewujudan yang berpisah daripada Wujud Allah s.w.t. Hubungan Wujud Allah s.w.t dengan kewujudan makhluk sekiranya dibuat ibarat (sebenarnya tidak ada sebarang ibarat yang mampu menjelaskan  hakikat  yang  sebenarnya),  perhatikan  kepada  api  yang  dipusing dengan  laju.  Kelihatanlah pada  pandangan  kita  bulatan  api.  Perhatikan  pula  kepada orang  yang  bercakap,  akan  kedengaranlah  suara  yang  dari  mulutnya.  Kemudian perhatikan  pula  kepada  kasturi,  akan  terhidulah  baunya  yang uang i.  Wujud  bulatan api  adalah  wujud  yang  berkaitan  dengan  wuju d  api.  Wujud  suara  adalah  wujud  yang berkaitan  dengan  wujud  orang  yang  bercakap.  Wujud  bau uang i adalah  wujud  yang berkaitan  dengan  wujud  kasturi.  Wujud  bulatan  api,  suara  dan  bau hakikatnya  tidak  wujud.  Begitulah  ibaratnya  wujud  makhluk  yang  me uang i pada njadi  terbitan i daripada  Wujud  Allah  s.w.t.  Wujud  bulatan  api  adalah  hasil  daripada  pergerakan  api. Wujud  suara  adalah  hasil  daripada  perbuatan  orang  yang  bercakap.  Wujud  bau uang adalah  hasil  daripada  sifat  kasturi.  Bulatan  api  bukanlah  api  tetapi  bukan  l ain daripada  api  dan  tidak  terpisah  daripada  api.  Suara  bukanlah  orang  yang  bercakap tetapi  bukan  pula  lain  daripada  orang  yang  bercakap.  Walaupun  orang  itu  sudah tidak  bercakap  tetapi  masih  banyak  lagi  suara  yang  tersimpan  padanya.  Bau uang i bukanlah  kast uri  tetapi  bukan  pula  lain  daripada  kasturi.  Walaupun  bulatan  api  boleh kelihatan  banyak,  suara  kedengaran  banyak,  bau  dinikmati  oleh banyak orang namun,  api  hanya  satu,  orang  yang  bercakap  hanya  seorang  dan  kasturi  yang mengeluarkan  bau  hanya  sebiji.
Agak sukar  untuk memahami konsep  ada  tetapi tidak ada,  tiada  bersama  tetapi tidak berpisah.  Inilah  konsep  ketuhanan  yang  tidak mampu  dipecahkan  oleh  akal tanpa penerangan  nur yang  dari  lubuk  hati.  Mata  hati yang  diterangi oleh  Nur Ilahi dapat melihat  perkait an  antara  ada  dengan  tidak  ada,  tidak bersama  tetapi  tidak  berpisah. Atas kekuatan  hatinya  menerima  sinaran  Nur  Ilahi menentukan  kekuatan  mata hatinya  melihat  kepada  keghaiban  yang  tidak berpisah  dengan  kejadian  alam  ini. Ada  4  tingkatan  pandangan  mata  hat i terhadap  perkaitan  alam  dengan  Allah  s.w.t yang  menciptakan  alam.
1: Mereka  yang  melihat  Allah  s.w.t  dan  tidak  melihat  alam  ini. Mereka  adalah umpama  orang  yang  hanya  melihat  kepada  api, bulatan  api yang  khayali  tidak menyilaukan  pandangannya.  Walaupun mereka  berada  di tengahtengah  kesibukan makhluk namun,  mata  hati  mereka  tetap  tertumpu  kepada  Allah  s.w.t,  tidak terganggu  oleh  kekecuhan  makhluk.  Lintasan  makhluk  hanyalah  umpama  cermin yang  ditembusi cahaya.  Pandangan  mereka  tidak  melekat  pada  cermin  i tu.
2: Mereka  yang  melihat  makhluk  pada  zahir  tetapi Allah  s.w.t  pada  batin.  Mata  hati mereka  melihat  alam  sebagai penzahiran  sifatsifat  Allah  s.w.t.  Segala  yang  maujud merupakan  kitab  yang  menceritakan  tentang  Allah  s.w.t.  Tiap  satu  kewujudan  alam ini membawa  sesuatu  makna  yang  menceritakan  tentang  Allah  s.w.t.
3: Mereka  yang  melihat  Allah  s.w.t  pada  zahirnya  sementara  makhluk  tersembunyi. Mata  hati  mereka  terlebih  dahulu  melihat  Allah  s.w.t  sebagai Sumber kepada  segala sesuatu,  kemudian baru daripadalah  merek a  melihat  makhluk  yang  menerima  kurniaan Nya.  Alam  tidak lain  melainkan  perbuatan atau  hasil  kerja  Tangan-Nya.
4:Mereka  yang  melihat  makhluk  terlebih  dahulu  kemudian baruNya,  lukisanNya lah  melihat  Allah s.w.t.  Mereka  memasuki jal an  berhatihati dan  berwaspada,  memerlukan  masa  untuk menghilangkan  keraguan,  berdalil dengan  akal sehingga  kesudahannya  ternyatalah akan  Allah  s.w.t  yang  WujudNya  menguasai wujud makhluk.
Selain  yang  dinyatakan  di  atas  tidak  lagi  dipanggil  orang  yang  m Gambargambar  alam,  syahwat,  kelalaian  dan  dosa elihat  Allah  s.w.t. menggelapkan  cermin  hati mereka  hingga  tidak  mampu  menangkap  cahaya  yang  membawa  kepada  makrifat. Mereka  gagal untuk  melihat  Allah  s.w.t  sama  ada  di  dalam  sesuatu,  di  samping sesuatu,  se belum  sesuatu  atau  sesudah  sesuatu.  Mereka  hanya  melihat  makhluk seolah-olah makhluk berdiri dengan sendiri tanpa campur tangan Tuhan. 
" Yaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun darihal keadaan  mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): “Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini?” (Allah sendiri menjawab): “Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Maha Mengatasi kekuasaan-Nya segala-galanya!” ( Ayat 16 : Surah Mu‟min )".
" Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai balasan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa. ( Ayat 42 : Surah al-Qamar )  ".
Ayat-ayat  separti yang di atas menggetarkan jiwa abid. Hati abid sudah „berada‟ di akhirat. Alam dan kehidupan ini menjadi ayat-ayat atau tanda-tanda untuknya melihat keadaan dirinya di akhirat kelak, menghadap Tuhan Yang Esa, Maha Perkasa, tiada sesuatu yang tersembunyi daripada-Nya.
" Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangi pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, niscaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (karena habis tenaga dengan sia-sia). ( Ayat 3 & 4 : Surah al-Mulk )  ".
Asyikin memandang kepada alam ciptaan dan dia mengulang-ulangi pemandangannya. Semakin dia memandang kepada alam semakin dia melihat kepada keelokan dan kesempurnaan Pencipta alam. Dia asyik dengan apa yang dipandangnya.
" Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya); bagi-Nya jualah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tidak ada tuluk banding-Nya, lagi Maha Bijaksana. ( Ayat 24 : Surah al-Hasy-r".
Muttakhaliq menyaksikan sifat-sifat Tuhan yang dikenal dengan nama-nama yang baik. Alam adalah perutusan untuknya mengetahui nama-nama Allah s.w.t dan sifat-sifat Kesempurnaan-Nya. Setiap yang dipandang menceritakan sesuatu tentang Allah s.w.t.
" Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu sembahlah akan Saya, dan dirikan sembahyang untuk mengingati Saya. ( Ayat 14 : Surah Taha )  ".
Muwahhid fana dalam Zat. Kesadaran dirinya hilang. Melalui lidahnya muncul ucapan-ucapan separti ayat di atas. Dia mengucapkan ayat-ayat Allah s.w.t, bukan dia bertukar menjadi Tuhan. 
" Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan menkehendakkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Yaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang  yang sesat. ( Ayat 1 – 7 : Surah al-Faatihah )".
Mutahaqqiq kembali kepada kesadaran keinsanan untuk memikul tugas membimbing umat manusia kepada jalan Allah s.w.t. Hatinya senantiasa memandang kepada Allah s.w.t dan bergantung kepada-Nya. Kehidupan ini adalah medan dakwah baginya. Segala anasir alam adalah alat untuk dia memakmurkan bumi.   Apabila Nur Ilahi menerangi hati apa saja yang dipandang akan kelihatanlah Allah s.w.t di sampingnya atau sebelumnya atau sesudahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.