Selasa, 4 November 2014

AWAL MUHARAM 1436


Aku di beri kesempatan untuk menyambut Hijrah 1436 di Pulau Besar Melaka tahun ini bersama dengan sahabat-sahabat ku. Perjalanan ini telah di rancang dan Allah memperkenaan kan perjalanan ini. 24 Nov 2014 aku bersama teman-teman terus menuju ke Melaka dan menuju ke Anjung Batu dimana aku harus mengambil feri untuk ke Pulau Besar. Alhamdullilah perjalanan kami semua di restui dan berjalan lancar.

Setiba di sana aku menjadi hairan kerana ramai orang yang terdiri dari berbagai latar belakang yang datang ke pulau ini.Di sini aku melihat bahawa sesuatu kelainan dalam suasana dan persekitaran yang amat indah. Semua manusia yang datang di sini mempunyai tujuan dan hajat yang tersendiri. Aku di beri kesempatan untuk melihat makam-makam para ambia dan aulia yang dahulu kalanya berjuang dan mengembangkan syiar Islam di Nusantara ini. Mereka dengan ilmu dan keteguhan yang tinggi dalam menyiarkan Islam yang pada waktu dahulu Islam belum bertapak di bumi Melaka lagi. Aku bersyukur mereka ini telah berjaya mengembangkan Islam dan di sebabkan mereka aku dan keturunan aku tergolong di dalam orang-orang Islam. Aku menjadi sayu dan syahdu bagaimana mereka mengembangkan syiar Islam pada waktu itu dengan penuh dugaan dan ranjau. Tapi mereka berjaya dengan izin Allah.


Di malam hijrah Masjid di Pulau ini menganjurkan majlis doa akhir tahun dan awal tahun. Mereka berkumpul berzikir memuji Allah dan Rasul-Nya. Aku di beri kesempatan melakukan tahlil untuk kedua mertuaku yang telah pergi menemui-Nya. Aku muhasabah diri dan merenung kembali kehidupan yang lepas. Hijrah ini amat penting dalam hidup untuk menuju kebaikan dan kesempurnaan hidup.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.