Seperti senario sekarang terlalu ramai manusia yang mengunakan Ayat-ayat Al-Quran dengan cara meminda dan mengubah demi kepentingan individu, golongan dan kumpulan tertentu. Menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan sebagainya. Ustaz-ustaz memberi ceramah menerangkan maksud dan pergertian mengikut logik sendiri tanpa memahami maksud yang sebenarnya. Manusia yang mendengar hanya menerima membuta tuli sehinggakan taksub dengan penyampaian yang tidak benar.
Ayat tersebut juga mengatakan bahawa kita tidak boleh mengambil faedah atau bayaran daripada ayat-ayat, Ilmu, dan segalanya dari kitab-kitab suci Allah ini. Ustaz-ustaz di haramkan menerima bayaran apabila menyampaikan ceramah-ceramah. Imam di haramkan menerima bayaran seperti elaun dan gaji. Pengamal perubatan di haramkan menerima bayaran dengan mengunakan ayat suci dalam membantu manusia yang memerlukan. Keadaan ini amat berbeza sekarang yang mana golongan-golongan ini menggunakan ayat suci sebagai pendapatan tetap sedangkan Rasullah menyuruh kita berniaga dalam menyara diri dan keluarga.
Program-program TV yang menyiarkan program ala Islam menjadikannya sebagai mainan dengan menyuruh orang sms dan undian. Adakah iman dan ketakwaan seseorang terletak dari undian atau sms. Alunan zikir dengan irama menyanyi serta menjerit seperti agama-agama lain yang sesat. Inilah dakyah orang-orang kafir dan yang memusuhi Islam. Azab dan seksaan dengan jelas telah dikatakan dalam surah ini. Janji Allah itu pasti walau bagaimana manusia mengubah dan meminda kitab suci Allah ini
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.