Ahad, 28 Mac 2021

UJIAN @ FITNAH DALAM ILMU PENGETAHUAN



UJIAN @ FITNAH dalam ILMU PENGETAHUAN

Menurut Imam AL Ghazali RA dalam pencarian ilmu pengetahuan perkara utama yang perlu dititik beratkan NIAT dan HATI..

NIAT difokuskan serta dipusatkan Hanya Semata mata kerana ALLAH manakala HATI hendaklah sentiasa berlapang dada dengan penuh KEIKHLASAN..Di samping itu hendaklah sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah agar diberkati segala ilmu yang dipelajari serta mohon Rahmat dari sisi NYA agar ilmu yang dipelajari itu diredai NYA bahkan bermanfaat buat diri  dan pengetahuan tersebut.

Begitulah antara nasihat Imam AL Ghazali RA kepada salah seorang anak murid beliau yang juga merupakan anak kandungnya yang bernama Muhammad bin Muhammad AL Ghazali.

Beliau menasihati anak muridnya itu agar tidak menuruti kehendak nafsu ke arah duniawi dan kemuliaan serta sanjungan tinggi dari masyarakat..Sepertinya itu merupakan FITNAH dan UJIAN yang biasa tempuhi oleh para pencari ilmu.Tugas Syaitan dan IBlis untuk memesongkan anak anak Adam tidak tertakluk pada ibadat sahaja..Malahan di dalam pencarian ilmu juga tidak ketinggalan mereka akan turut berusaha untuk menjerumuskan manusia ke lembah kebinasaan.

Imam AL Ghazali menambah dengan membacakan sepotong HADIS yang berbunyi; RASULULLAH SAW pernah bersabda yang bermaksud;

"Orang yang paling keras siksanya di Akhirat kelak adalah orang alim iaitu berilmu  tapi tidak beri manfaat kepada dirinya dengan ilmunya".

Begitupun betapa ilmu adalah penting dalam setiap amal perbuatan lebih lebih lagi berkait rapat sesuatu ibadat.

Sesuatu ilmu mestilah diamalkan begitu juga sebaliknya.Ibarat ilmu tanpa amal adalah satu

kerugian manakala amal tanpa ilmu ibarat sia sia..

Di akhirat kelak seperti juga ilmu yang akan dihisab oleh ALLAH bahkan setiap amalan itu juga akan dihitung satu persatu serta disoal dan ditanya nanti.

Firman Allah SWT yang berbunyi;


"وَلَا تَخْفُ ماَ لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ،اِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ 

اُولىِٰٕٓكَ كٓانَ عَنْهُ مَسْىُٔوْلًا٦٣۝

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang  engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta Hati;semua anggota anggota itu akan  dipertanggung jawabkan".

(Surah Israa ayat 36)

Imam Ahmad dan Baihaqi meriwayatkan dari Mansur bin Zadzan ia berkata;

"Kami mendengar bahawa orang Alim jika tidak mendapat manfaat dari ilmunya penduduk neraka berteriak kerana bau busuknya.Mereka berkata;Apakah yang engkau lakukan di dunia wahai orang yang buruk?Engkau telah mengganggu kami dengan bau busukmu.Tidak

kah cukup bagimu penderitaan dan kesulitan yang kami alami?"Maka ia menjawab;Aku adalah orang Alim yang tidak mendapat manfaat dari ilmu."

Begitulah antara cebisan nasihat dari imam AL Ghazali RA mengenai fungsi dan Fitnah serta Ujian terhadap ilmu tersebut.

Terdapat banyak lagi nasihat nasihat yang beliau titipkan sebagai pedoman dan panduan dalam pencarian ilmu pengetahuan samada di dunia dan akhirat..

Betapa pentingnya seseorang pencari ilmu itu wajib menetapkan niat yang ikhlas dalam mencari keredaan Allah di dunia dan akhirat.

Hanya Rahmat dari sisi NYA jualah yang mampu menjadikan sesuatu ilmu pengetahuan tersebut bermanfaat dan berguna.Bukan sahaja buat dirinya bahkan untuk masyarakat lebih lebih lagi agama dan bangsanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.