Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umat ku berpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"
Jawab iblis laknatullah: "Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap ku kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursiy serta segala malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati ku ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup,segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan kedalam syurga. Maka pada hari mulanya umat mu berpuasa, datanglah segala bala tentera malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap aku dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera ku iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas - dan dirantainya kami sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat mu, baharulah aku dilepaskan supaya aku tidak boleh mengganggu mereka.
1. Maka semua andaian bahawa pada bulan ramadhan ini bahawa 'jin bawahan' masih berkeliaran, manakala jin atasan sahaja dikurung, maka andaian itu tidak benar. Kerana Iblis sendiri mengakui semua pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup rapat dan dia beserta cucu cicit keturunannya (semua jin, semua syaitan) ditangkap dan dikurung sehinggalah tamat bulan puasa yang mulia ini. Tiada yang terkecuali,melainkan jin Islam yang teramat sedikit puratanya, dan mereka ini langsung tidak menganggu manusia kerana mereka takut kepada azab Allah dan kita lebih mulia dari mereka kerana itu malaikat sentiasa ada bersama kita, ingat, yang penting, Allah sentiasa memelihara kita, jadi mengapa kita perlu takut,bersedih dan risau jika kita beriman kepadaNya? Renung-renungkanlah.
JIKA BEGITU, MENGAPA ADA MANUSIA YANG MASIH DIGANGGU BAYANGAN HANTU, SAKA DAN MAKHLUK HALUS YANG LAIN?
2. Jika ada yang masih menerima gangguan (saka, pendamping atau hantu) maka semua itu hanyalah dugaan dan cubaan dari Allah semata-mata untukmenginsafkan kita, untuk kifarah dosa atau ingin menunjukkan kebesaranNya kepada kita. Makhluk-makhluk Allah yang ghaib tidak dapat kita lihat dari mata kasar, oleh itu secara sedar atau separa sedar kita masih tidak mampu melihat mereka kecuali dengan bantuan ilmu sihir (syirik, khurafat) dan amalan ilmu hitam yang sinonim dengan penghidupan si pengamal,sedangkan mereka terdiri dalam golongan sesat lagi menyesatkan.
Sama sahaja ketika di bulan-bulan biasa atau bulan ramadhan,yang masih mengekori dan menganggu mereka adalah 'dosa-dosa' yang menghantui mereka, bukanlah syaitan atau jin kerana mereka semua dikurung. Ini adalah kata-kata Allah (Kalamullah), bagaimana boleh kita menafikan hukum Ilahi? Maka,yang masih terganggu di saat bulan ramadhan ini, agar mereka mengingati Allah,dekatkan diri dengan Allah, insaf dan bertaubat, lakukan amal ibadat, bacalahAl-Quran, carilah ilmu-ilmu yang halal, jauhkan dari maksiat, perbuatan sia-sia, jaga lidah dan sucikan hati, banyakkan muhasabah diri, tinggalkan yang syirik dan khurafat serta mohonlah perlindungan dariNya yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Sesungguhnya Allah befirman, "Wahai Muhammad, Jika hambaku meminta keampunan dari-Ku, maka akan-Ku ampunkan semua dosa mereka; kecuali yangmenyembah selain Aku." Maksudnya disini, Allah SWT hanya akan mengampunkansemua dosa kita selagi kita tidak syirik atau sesat murtad.
Maka, kerana itulah sesiapa yang diganggu saka, makhluk halus serta pengamal ilmu sihir(bomoh,pawang) fizikal dan spiritual mereka tidak tenteram,termasuklah mangsa-mangsa yang menjadi sakit atau parah akan sihir mereka. Golongan yang menjadi mangsa sihir tidak berdosa malah teraniaya, tetapi golongan yang melakukan perkara keji itulah yang dilaknat Allah dan dijatuhkannya dalam golongan sesat.Jika mereka mati sebelum bertaubat, maka mereka mati dalam keadaan kafir,dicampak ke dalam api neraka bersama Iblis Laknatullah. Manakala golongan yang mempunyai saka tetapi tidak mengetahui akan kewujudan saka kepada diri mereka serta mereka tidak menyembah syaitan, bermakna mereka tidak berdosa kerana mereka tidak tahu bahawa mereka mempunyai saka, kecuali sudah terbit tanda-tanda.
Maka perlulah berubat secara Islamik dan membuang saka tersebut,kadangkala syaitan dan jin yang mendapat arahan dari iblis ketua mereka,menyuruh mereka menyesatkan manusia dari penipuan, contohnya mereka-reka cerita (bida'ah) bahawa mereka mempunyai saka dan sebagainya, mereka berbisik melalui hati nurani (syaitan boleh berjalan di dalam aliran darah manusia serta dudukdi dalam hati – nafsu), menganggu kita melalui mimpi atau ketika pesakit itu pergi berjumpa bomoh yang bukan Islamik (bomoh syirik dan khurafat) maka, bertambah parah dan sesatlah pesakit,sedangkan niat ikhlas untuk berubat tetapi bomoh tersebut pula anak murid syaitan dan menambah penipuan serta terus menyesatkan (kadangkala pengeras atau duit upah diambil tetapi saka tidak dibuang).
Bagaimana seseorang pesakit boleh memastikan sakanya telah tiada? Sedangkan ia benda ghaib dan mainan syaitan,jadi bomoh tersebut mungkin penipu (sedangkan di juga tertipu dan disesatkan).Oleh kerana itu, elakkan dari berubat dengan bomoh-bomoh yang tidak kita ketahui asal-usulnya dan pergilah berubat dengan cara Islamik, InsyaAllah dengan izinNya, kita sembuh dan dapat menjalankan kehidupan dengan normal tanpa gangguan syaitan.
#nukilanhatiku
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.