Tinggal beberapa hari lagi aku akan meninggalkan tahun 2014 dan akan menyambut tahun baru 2015. Tahun 2014 telah banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit dalm hidup aku. Tahun 2014 aku banyak belajar dan mengenal diri dalam tempoh aku menjalani kehidupan pada tahun ini. Aku pada awalnya telah menerima segala apa yang telah berlaku sepanjanb hidup aku dan Allah telah berikan ujian dan dugaan yang harus aku tempiuhi dengan penuh kesabaran dan keredhaan.
Aku mula mendapat hidayah dan sinar terang dalam segala persoalan yang berlaku pada diri aku dan keluarga. Aku di beri peluang untuk menyambut Ma'al hijrah di Pulau Besar Melaka bersama sahabatku. Di sana aku telah di beri perjalanan yang sebenarnya untuk diri aku meneruskan perjalanan hidup ini. Aku merasa tenang dan gembira setelah apa yang telah di sampaikan kepada aku. Tahun 2014 meninggalkan kenangan yang indah apabila aku dapat mengumpulkan kawan-kawan yang telah lama terpisah di waktu alam persekolahan dahulu. Aku berkesempatan berjumpa dengan mereka dan ternyata mereka masih lagi seperti dahulu. Hanya bentuk fizikal sahaja berubah di sebabkan umur yang telah meningkat.
Tahun 2014 aku bekerja di Johor dan menetap di rumah emak. Demi mencari rezeki aku berjauhan dengan keluarga tercinta. Emak telah menempuh berbagai dugaan apabila telah sakit di sebabkan oleh manusia yang hasad dengki dengan keluarga aku. Ketabahan emak ternyata membuatnau terpikir bahawa begitu jitu hatinya menahan sakit dan sengsara atas perbuatan manusia yang durjana. Banyak berlaku peristiw yang perbagai. Aku sayangkan keluarga aku. Aku sayangkan adik-adik aku dan mengharap mereka tidak berpecah belah seperti adik-adik iparku. Aku selalu mendoakan mereka agar di beri hidayah dan sinar dalam kehidupan mereka. Aku selalu berpesan pada diriku bahawa segala yang berlaku adalah telah di takdirkan dan di tentukan oleh Allah. Semoga Allah melindungi dan memberi rahmat kepada keluarga aku.
Penutup tahun 2014 lahirlah insan baru dalam keluarga besar aku. Tahniah buat Ateh dan Farah menerima cahaya mata yang pertama yang menjadi pelengkap dalam hidup mereka. Allah akan memberi segala kenikmatan kepada sesiapa yang bersyukur kepadanya. Ya Allah, aku bersujud dan berserah atas segala yang telah kau berikan kepada aku kenikmatan, dugaan dan segalanya. Aku menerimanya dengan keredahaan agar aku mengenal akan diri Mu. Berikan aku petunjuk dan pedoman agar aku akan menjadi insan yang terpilih untuk tahun 2015 yang menjelang tiba. Kau jadikan kehadiran aku ini memberi menafaat pad manusia di sekelilingku. Amin ya rab al ala Min.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.