Selepas kita mengenal Napas dan Nupus, maka hendaklah kita mengenal Tanapas ertinya diri kita. Maka napas,Nupus dan Tanapas itu dinmakan Insan dan Insan inilah yang mengadap Tuhan nya. Maka pada orang-orang syariat, memahamkan insan itu ialah manusia tapi pada orang Saufi, memahamkan Insan itu apabila bersatu yang tiga iaitu Napas, Nupus dan Tanapas yang mengadap Tuhan nya dan zikirnya "ALLAH HU''. Adapun makam Tanapas itu adalah di kedua belah telinga. Maka khalimah yang masuk kedalam dua telingga ialah khalimah "ALLAH'' dan hati hendaklah menyebut khalimah ''HU'', maka semua ini tidaklah boleh dilakukan dengan secara nyaring sebagaimana yang di lakukan oleh ahli Tarekat, tetapi hendaklah dilakukan dengan senyap dan semasa itu hendaklah lidah di tungkatkan ke langit-langit.
Sedang ajaran Ilmu Napas ini adalah sangat luas tapi memadailah dengan pelajaran pertama ini supaya jadi amalan yang dilakukan dimana sahaja tanpa air wuduk. Apabila kita duduk diatas tikar sembahyang lengkap dengan air wuduk maka hendaklah kita sebutkan:-
ILLAHI ANTA MAKSUDI WAREDZA KAMATTHULUBI - 1 KALI
FATIHAH KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W - 1 KALI
FATIHAH KEPADA NABI KHIDIR A.W - 1 KALI
FATUHAH KEPADA MURSHID (GURU) - 1 KALI
Kemudian terus beramal, tetapi didalam pejalanan dan semasa kerja tak payahlah membuat perkara yang tersebut di atas. Kemudian, maka Napas, Nupus dan Tanapas hendaklah di cuci. Untuk mencuci Napas, Nupus dan Tanapas ialah dengan berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Maka pada orang-orang saufi setiap puasa di bulan Ramadhan ialah sebanyak 30 hari dan tidak boleh 29 hari sebagaimana yang di lakukan pada ulama-ulama Syariat. Dalam puasa itulah berserta dengan niat untuk mencuci Napas, maka niat mencuci napas itu ialah puasa daripada 1 hingga 10 haribulan. Maka niat puasa mencuci Nupus itu ialah puasa daripada 11 hingga 20 haribulan. Maka niat mencuci Tanapas itu ialah daripada 1 leko hingga 10 leko. Maka waktu orang-orang yang berniat puasa kerana mencuci Napas, Nupus, Tanapas itu berbuka pada jam 7 petang dan bersahur selewat-lewatnya pada jam 4 pagi, sebabnya kerana sebelum jam 7 petang itu, malaikat belum lagi membasuhi dunia ini hanya pukul 7 barulah Malaikat men airi dunia ini. Sesudah pukul 4 pagi itu dunia telah terbit satu cahaya kuning sesudah cahaya kuning itu terbit maka terlaranglah bersahur pada orang-orang Saufi.