Jumaat, 17 November 2017

ADIK BERADIK

​​Tersentap tapi bermakna​​

● ​Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.​
● ​Bila sudah besar.. bilik masing-masing.​
● ​Bila sudah nikah.. rumah masing-masing.​
● ​Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising.​
● ​Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.​

♧ ​Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku..​
● ​Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.​
● ​Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.​
● ​Ingatlah.. disana tiada abang, kakak, adik...​
● ​Hanya kau dan amal mu.​
● ​Bersedia selalu.. bersiap selalu.​
● ​Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.​
● ​Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.​
● ​Jika anda ingat mati.. anda org yg bijaksana.​

♧ ​Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yg Sebenar.​
● ​Buat baik dgn org tak semestinya org akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat.​
● ​Hormat org tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yg mulia.​
● ​Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya org akan balas dgn baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orgnya, tetapi keranaNYA.​
● ​Buat baik bukan kerana kita rasa kita org baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yg baik.​