Blog ini adalah tulisan peribadi untuk tatapan pada mereka yang paham dan layak sahaja. Segala tulisan ini adalah penyambung lidah dari guru-guru Mursyid dan ahli-ahli Agama dan Akedemik agar berkembang dengan baik. Penulisan ini adalah cetusan rasa dan pemikiran aku dan tidak berkait atau mempunyai agenda yang lain.
Pages - Menu
▼
Ahad, 12 Oktober 2014
LATIHAN ZIKIR NUPUS
Adapun Nupus itu keluar masuk daripada hidung, maka Nupus itu dinamakn Muhammad kepada kita. Maka zikir Nupus itu keluar daripada lubang hidung kiri dinamakan khalimah "ALLAH" masuk mengikut lubang hidung kanan dinamakan "HU". Renungkan apabila menyebut khalimah Allah itu sampailah ke Syadratul Muntaha, apabila menyebut khalimah "HU" itu renungkan daripada Syadratul Muntaha kembali kepada hidung kanan kita, batasnya ialah bibir atas dan ia tidak masuk kedalam maka itupun dinamakan Musyahadah.
